Kuiz Teknologi Maklumat & Komunikasi
28 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember 2018, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi bersama pelajar sekolah menengah. Kelas pembelajaran ini disertai oleh 10 orang pelajar dan tujuan ianya diadakan adalah untuk menguji sejauh mana pemahaman pelajar terhadap teknologi maklumat dan komunikasi yang sering mereka dengar dan didedahkan setiap hari. Kelas pembelajaran ini adalah melalui permainan Quizizz yang membolehkan penilaian formatif pelajar dijalankan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik bagi pelajar semua peringkat umur.
Quizizz boleh dimainkan oleh pelajar menggunakan mana-mana jenis peranti dengan pelayar, termasuk PC, komputer riba, tablet, dan telefon pintar. Soalan muncul di setiap skrin pelajar, jadi mereka boleh menjawab soalan dengan pantas, dan mengkaji semula jawapan mereka pada akhirnya. Daripada kelas pembelajaran ini, para pelajar akan lebih lebih terdedah kepada ilmu kemahiran ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, kelas ini memberi kemahiran menggunakan perisian komputer serta melatih pelajar supaya berfikiran aktif dan kreatif untuk menjawab soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: